Nov 26, 2010

wanna be..

aku mahu hidup seperti burung yang bebas fly fly..pham kn..?pastikan burung tu burung nuri..aku mahu hidup dengan bebas, tidak dikongkong dan terperap di rumah seperti sardin dalam tin..dan perkataan yang selalu keluar dari mulut aku ialah -BOSAN-...lagi lagi time school break..alangkah baik aku boleh cepatkan masa..~hari ini dan esok, hidup aku hanya bersama buku teks..aku bukak je buku teks math..pening!dah la bab stu tu bab paling susah bagi aku..still waiting him..walaupun perasaan marah terhadap dia masih melekat di dalam diri aku..

Nov 21, 2010

ini cerita meh...

"hantu Bangku Kosong"2006 film.
smalam malam..abang aku cakap yang cerita hantu bangku kosong ni best, so aku tengoklah..seram jugak kodd..cerita hantu indon ni lagi seram daripada cerita hantu malaysia..x setanding lngsung.bagi aku, cerita hantu malaysia buad, lawak dan membuadkan aku sedih..haha..lawak kodd..aku tengok cerita ni bukan dari awal.aku tgok yang pertengahan..walawei, seram kodd..tp en hantu dia macam hantu kat dalam cerita "jangan pandang belakang" pulak..aduh..kesahnya, mila dan clara kawan..then si Radith iaitu mila's lover suka kat clara...then si mila pulak x puas aty..so si mila tu bunuh si clara guna jangka tolok yeh..?aku x pasti..then x salah aku si mila bunuh diri selepas tu..cerita ni en ad kait mengait dengan cerita hantu jepun iaitu "missed call"..yang dilakonkan oleh kakak aku iaitu Maki Horikita...cumil kodd dye

Maki Horikita ( hana kimi)
"Ashiya Mizuki"
tp en, cerita missed call ni dia balas dendam kad kawan da disebabkan org len buli dia..berani cakap kejam gila cerita jepun ni..tp dorang berlakon di Han Guk (korea)...cantik kod..tp kawasan pendalaman lah en...
dalam pemerhatian aku, the conclusion is aku harapkan agar korang jangan buad begitu kat kawan-kawan korang cuz why x beri faedah langsung, sebb laki..x ingad dunia..haish..!so aku sarankan kalau nk berdendam tu fikir masak- masak dulu..bawa faedah ka..?dan berdendam boleh memakan diri..,so "kita enjoy"...haha dan satu lagi..jangan buad camtu kat aku pulak yeh...trimas.......MERAPU je,,

Nov 20, 2010

KHAS BUAT KAU......

khas buat kau...aku benci kau sekarang..!sekarang dan selama lamanya...dan kau adalah orang pertama dan terakhir buat aku..benci kau hate you....!!bila aku sebut nama kau...perasaan benci aku lagi meluap luap seperti gunung merapi..kau dah tipu aku..fine..! aku x kn balas seperti macam mana kau buad kat aku....
sakai.......!!!!!!!!

2010~

dalam hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran..semua orang yang telah dicipta oleh-Nya tidak boleh lari dengan dugaan termasuk aku, hamba -Nya yang lemah dan tak berdaya untuk harunginya dan hanya Allah sahaja yang dapat lindungi aku dengan Doa aku ...Kesedihan, itulah yang selalu menghantui aku pada tahun ini..tahun ni memang x bes dibandingkan dengan tahun lepas..markah aku, kelakuan aku, dan ehem ehem..semua buad aku sedih..haishh~ apalah malang nasibku ini, Ya Allah...still waiting untuk masuk ke alam persekolahan sesi pagi..aku hanya boleh mengharapkan yang terbaik untuk PMR..dan aku juga mengharapkan agar aku tidak turun kelas..X MAU..!! keseronokan dan kegembiraan..selalu harap kegembiraan datang mengejar aku..uh..~
now saya on awak x on pulak...ni nak marah ni..!!

Nov 18, 2010

ss

asal ramai orang dalam dunia ni sakai gila huh..?rimas kodd aku..dia buad aku tertunggu tunggu dia dan menyebabkan aku sedikit gila..weyh, pliss jangan buad aku cmni..!aku selalu text dia tapi dia x balas..dan last text aku "marah zati..?"..dan untill now..i'm still waiting..gila la aku cmni der..dan semalam mak aku da cakap awal awal.."zati, jangan bukak internet lagi"..ahg!!adakah aku mimpi ngeri..?aku x boleh hidup kalo satu hari x bukak internet..apatahlagi blog aku yang sekarang meningkat naik..nak nanges..aku nanges bukan pe tp sebb dia..!aku say hi kat dia dan dia balas ..seperti marah aku.."sori kalau zati buad.. marah..!"..kau orang yang pertama dan yang terakhir bagi aku..lantaklah..IMUSM..!

Nov 17, 2010

kah..?

sebelum aku memulakan cerita aku ingin ucapkan selamat hari raya aidiladha..hidupmu penuh dengan pengorbanan, bukan..?semua dia antara kita ni kehidupan mesti ada pengorbanan..sebb pengorbanan adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah, bukan KAH......?
Ok, mulakan dengan bismillahirahmanirahim...
semalam, aku dengan keluarga aku keluar makan malam..pergi merata rata tempat untuk megisi perut..tp semua tutup, almaklumlah hari raya..so binguel punya binguel, alhamdulillah dekat dengan sebelah Galaxy Ampang tu en ad Food Avenue..so makan kat situlah..masa tu en baru lepas habis hujan..kne lah cari tempat yang berbumbung..dpt..!so pesan makanan segala bagan, aku tengah letih masa tu aku seperti meletakkan kepalaku di meja..dan aku bangun..aku ternampak.....walauwei....!!mamat hensem belambak depan aku..pergh..! apa lagi cuci matalah..x sampai 1 minit semua dah belah..haish..melepas aku..duk melayan perasaan, adalah seorang mamat berambut SKEMA, baju masuk dalam seluar..bak kata macam budak nerd..aku nk tergelak tengok dia..kahkahkah..~tp sekali dia keluarkan ROKOK..pergh..habis sikap nerdy dia hilang..macho kodd..tp malangnya aku memang ANTI org yang merokok..yey..! Char kueh tiaW aku sampai..nyum..nyum.. kenyang dan lepastu...? SENDAWA lah..kahkahkah..~3 minit cmtu  mata ku terbeliak sekejap kerana...........mamat mamat KOREA ad kat situ...weyh weyh..nk peluk dia..!!comel, kachak semuanyalah aku bleh ckp..ad 6 org kat situ..semua cumil lagi lagi rambut macam kiseop(UKISS)...wah...!!nk je amek kerusi duk tepi dia dan mintak no phone..~ lepastu dia cakap bahasa dia kuat kuat..apalagi..? TAKE A NOTE LAH...~aku usya je..~dia pun usya aku..aku senyum kat dia..dia senyu kat aku...wah..!kalu camni tak yah susah2 nk gi korea..kat malaysia dah ad ...lepastu dia gi cyber cafe yang berdekatan di situ..alah..!dan aku balik...7 minit lagi cerita korea yang baru mula -episod 1- nk abes iaitu Oh! my lady..best kodd cita tuh..dapat jugak aku tengok walaupun hanya 4 minit..huhu

Nov 15, 2010

korang korang korang..!!!

korang korang korang..!!!!
ini khas untuk korang.....
korang dalam hidup aku..              


sesi persekolahan 2010 telah berakhir..naseb baik aku sempat snap gamba2 dorang..uh~ tp en aku sedih, geram, marah, dan menyampah semalam..! aku menyampah bukan sebb pe sbb awal skolah lagi dah busan..spoil of the day...shii...aku merayaplah satu blok cemerlang tuh..dari tingkat atas hingga bawah..dah x tau buadpe..kebetulan aku bawak kamera..aku snap sorang sorang kawan aku..aku tengok skolah maluri smalam nk menjerit je..dahlah memekak yang amat then nampak macam BeST..!!weyh, nk join..!dah aku bengang sangat dengan skolah sebelah aku baling sampah kat sebelah..haha..~part yang aku benci ialah aku sedihhhh...!nilah.. :
farah nabila zalika..dia nk "tinggalkan" aku..weyh farah..! pliss..kte merayu ni..pendapat hajar ape kurangnya..duk jelah kat rumah Hajar .,,yah yah...?nk buad camna..dia nk pindah x ley halang..dia budak paling baik yang penah aku jumpa..seriously..!
GERAM dan MARAH.!itulah perassan aku bila hari terakhir sekolah semalam..hari terakhir sekolah di sesi petang yang panas telah banyak peristiwa yang telah terjadi..baik yang buruk bagi aku atau yang menggembirakan..aku kne terjemur macam ikan kering, kne marah dengan Madamme AA, kne nyanyi lagu negaraku kuat2..dan datang lambat ke sekolah..nak nanges..!2 tahun kodd aku skolah petang dan aku benci sekolah sesi pagi sebb aku kne bangun pagi..!!korang tengoklah tahun depan aku datang dengan mata lebam..dahlah tahun depan PMR..lagilah aku taknak..mungkin aku akan turun kelas tahun depan..sebb ......
akan ku selalu merindui saat saat ini...mendung, memekak dan lantai yang basah menyebabkan kain aku basah..!arghh
andai kata aku boleh putarkan masa..~ boleh kembai ke Tingkatan 1 yang penuh dengan kebencian, kegembiraan semuanyalah....!Tingkatn 2 yang penuh dengan rintangan dan kesukaran menempuh peperiksaan math yang kne ulang balik sebb dapat solan bocor..haish..!!

Nov 14, 2010

sayangss dan merindui korang..!!


15/11/2010..
hari terakhir aku menjejakan kaki aku ke sekolah petang..weyh, aku akan sentiasa merinduai sesi petang..terutamanya cikgu = teacher Farihah,Miss Sor,Cikgu Jamri,cikgu Fara Shida semuanyalah..!!sayang cikgu dan tak lupa jugak korang yang sedang membaca post ni..kawan terhebad yang penah aku ada..sudi melayan kerenah aku yang tahpape, besar kepala aku, benci aku, sayang aku ape2 jelah..trima kasih bebanyak yah..aku x tau nk ckp apa lagi kerana aku tetap membenci 2010 kerana tahun ini tahun kejatuhan aku..hari ni aku berniat aku nk buad jahad..x yah lah..~TAHUN DEPAN..!!mak..!!PMR der...x nk kodd..,aku kna kosentrate bia keputusan aku x seteruk tahun ni..insya-allah..kurangkan bermain PS2, internet , blogging semuanyalah..! aku munggkin akan hentikan semua tuh..dan hidup aku hanyalah dengan buku dan kelas tambahan..aku mahu lebih daripada abang aku yang kini sedang menuntut di MRSM..7A 1B..aku mau 8A..tahun ni dia SPM..lantaklah dia..aku x nk kacau dia..~ sepupu kembar aku dapat result UPSR..sorang agak mebanggakan..4A 1B..terbaik !dulu aku just dapat 2A 3B..so dia menanglah..whatever,dah berlalu..walawei, aku akan sentiasa merindui korang..!!seriously,,x tipu punya..!!

korang terhebad terbaik..!!
Aniq, Hajar, Izmi, Sofiyyah, Intan, Dania, Amin, Farah, Nadia, Nila, Mahfuzah, Nasha, Azel, Soon Nam, Bee Wan, Ravi, Puvennesh, Shida, Alya, Syuhada..

aku akan mengingati semua peristiwa dalam 2010..
sayang korang...!!

Nov 13, 2010

:D

"boring in SUNDAY..lama kod aku tunggu kau dan aku benci kau dari sekarang..!" 

serious bosan gila..hari ni hari ahad yang panas dan memenadkan aku..,uh~melayan Facebook tp x do org yg best online..slalunya petang2 gini ramai org online kdg kdg smpai 30 org online..cemburu gila dengan si budak F ni..entah knapa..sejak dia masuk skolah lokman lagi...budak F ni gedik tapi pandai, membuadkan org menyampah tp ramai org lagi nak dekat dgn dia, nk kata cantik.. =;= NO KOMEN...tp si F ni aku bila tengok muka dia..Ya Allah...x sanggup aku usha muka dia.. dia suka dengan budak yang aku minat..walawei..!itu aku x kesah tp yang aku kesahnya sikap dia yang MEMEKAK di ear canal aku ni cikgu2 ramai suka..yang aku ni..duk diam kat penjuru kelas..x da sapa yang nk tego..nk kata cikgu..adalah jugak tu pun cikgu Jamri..ah.,cita pasal cikgu ni..tingal esok je yang aku boleh borak2..da tahun depan aku da x dapat "jumpa" dengan dorang..biasalah PMR candidates..eh, x kusangka begitu cepat masa berjalan..esok insya allah aku akan snap satu per satu dlm kelas 2B..akan ku slalu rindukan korang...tp korang jgn lupa yah slalu bukak blog aku yah yah..B)....
hayati betul betul gambar kucing di bawah yah...-enjoy-

awak sentiasa buad saya ketawa :D


kadang kadang awak ni buad saya takut ~

saya paling x suka kalau awak buad saya terkejut

dan saya akan tembak awak jika awak buad saya sedih

part yang paling saya suka awak buad saya senyum
dan AWAK juga penyelamat saya..


KHAS UNTUK KORANG YANG SUDI 
BRKAWAN
MELAYAN
TEMAN GELAK TAWA

SAYA,....
APPRICIATE IT ...
BYEBYE 2010

KORANG TERHEBAD..!!

Nov 12, 2010

i am..jamuan~

I am..? itulah soalan yang selalu berbisik di telingaku..aku emo..?Azel slalu panggil aku Zati Emo..



smalam, kelas aku buad jamuan..berani cakap MEMBOSANKAN...!! aku x da mood smalam sbb hari tu jugak aku dpat tahu kedudukan aku dalam kelas iaitu 26/32..walawei..!!bapak aku tanya kodd smalam.."zati,dah tahu result..?".."dah, 26 yah".."ha..? per..?".."32 yah"..ayah aku ketawa kecil..aku just berdiam diri dengan hati yang hancur dan aku dah set mind aku bahawa tahun ni amat mendukacitakan aku..tahun lepas lagi happening..naseb baik ad pa..dia slalu SMS aku..hilanglah sakit aty aku..Pa, thanks ya walaupun kita x penah berjumpa tapi Pa selalu paham Zati..so we countinude aboud jamuan..ha, citer pasal jamuan nih..masuk je kelas aku da letih..malas nk buad segala bagan..kerana aku x bawak ape pun..aku just bawak perut aku yang kosong..haha~ hajar sori..!! dan si Izmi nk snap gamba aku..alamak..!!aku just tutup muka aku je..malulah..!!sofiyyah pon satu..nk jugak dan paling aku bengang ngan dia nih..dia pegi letak gamba aku yang selekeh,sakai kat dalam FB..!!piah..!!malulah kita..~Izmi nmpak aku mesti keluarkan kamera dia..x mau..!!aku,hajar dan denden cari merata tempat penyapu sbb kelas 2G kotor gila..!!naseb baiklah kitorang ni baik,pembersih orangnya...bersihlah sekeliling kelas tu..alhamdulillah..!!then,kitorang x makan lgi sbb ckgu Farihah kat kelas 2E..dorang pon buad jamuan..dan cikgu Farihah suro aku invite semua cikgu termasuk Madamme..datang skali..semua cikgu..tp aku still x happy..! budak klas lain pon join.."x tau malu"..x jemput pon datang..eyy..!sakai gila~aku makan nasik goleng Piah(SAB)..kek coklicious Hajar., dan satay cikgu..antara 3 tu kek coklicious Hajar paling sedap..aku ambek 2 tp satu lagi aku "paksa" cikgu Irwan makan.."nak cikgu..?"..."x mau lah..kenyang"..."kalu cikgu x ambek, x nak kawan cikgu"..."yelah...letak satu".."amacam cikgu..? ada baik..?"..."ermm..sedap..sapa punya ni..?".."siapa lagi cikgu, Siti Hajarlah"..cikgu tersenyum..aku ketawa kecil..(Hajar, kek awak tu x da nama lagi en..? bia kita bagi nama.."KEK COKLICIOUS HAJAR"..amacam..?.gurau je hajar sayang..~)Madamme Eng gak puji kek coklicious Hajar..sakai gla saudara Pa, Khairol.."zati", dia memanggil..buad bodo jelah aku.."woo, zati sombong.."..dlm hati aku "mcm aku kesah plak..?"..sorang lagi cakap aku sombong iaitu Haziq Aiman..kawan lama aku.."woo,zati sombong skarang ni".. aku senyum kat dia..dia senyum kat aku..si Izmi plak..takut aku ~ aku pandang dia,dia pandang aku balik..eyhh.. masa dia nk kluar gi maen bola pun still keluarkan kamera dia..aku minum air pun dia snap gak..aku suro dia delete gamba tu..dia duduk tepi aku..pelik..~ amin pun satu..dia pun 2x5 dengan Izmi..semua keluar tinggalkan kelas..tinggal aku,Intan, Hajar dan den den kemaskan kelas..semua lepaskan tangan je..bengang~..alhamdulillah..!kemas gak..hajar dan denden entah bila ambek beg dorang pi ODT..hajar..!x ajak punn..~aku merayap dengan Intan..si Rahmat plak complain sana sini..pegidah..!!penad sesangat..baru nk tengok dorang men bola 2B lawan 2G..kesian keyrol..dan aku nk gitau "BOOOO!!!"..haha~ sorry to u keyrol=;=...dan aku harapkan Cepat sikit abes tahun ni..!! WELCOME 2011..!!

Nov 11, 2010

permata kasih~

ya allah..!kau berikan kepada ku ketabahan,kesabaran dalam diriku untuk menghadapi segala onak duri dan dugaan yang Kau berikan kepadaku. Aku telah banyak membuad dosa slama aku hidup di dunia ini selama 14 tahun ini. Hanya aku dapat meminta daripada Mu..Aku lafaz Dua Kalimah Syahadah dan menyatakan Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Persuruh Allah..Sebagai hamba yang Lemah ini,tolong lindungi aku....Itulah ungkapan yang selalu berbisik dan selalu berkumat kamit di bibirku..aku sedar yang aku belum cukup sempurna..Solatku,Amal Ibadahku..EVERYTHING..!!

Permata Kasih..~semalam diadakan di Dewan Sri Pandan..secipuut je yang datang sbb ni kan berkenanan dengan agama..manalah deorang nk datang..?alhamdulillah, budak 2Bijak dikatakan semua datang ke program tersebut..aku diajar cara bersolat walaupun aku fikir aku solat dengan begitu baik..but  was wrong..! cara aku duduk,sujud,takbiratul ihram..boleh dikatakan agak tidak betul..manakala mandi wajibku..ada yang cacat..aku buad apa yang aku fahm sahaja..so, dengan menghadiri program ini..akudapat mengenalpasti masalah ato ksalahan aku..wake UP zati..!!it about ur religion..U too..!! wake up derr~masa program ini berlangsung , kelam kabut gila..!!nk ambek air sembahyang kne berlari..aduh tumit kaki aku sakit gila..!!aku solat zohor dan asar secara berjemaah diimamkan oleh ustaz mahasan..dan azan dilaungkan oleh yusof..lepas solat zohor dapat mkanan percuma,sonok..!!sedap plak tu..Manja..!!good JOB..!!!lain kali sponser lagi ya..lepas tu dengar ceramah dri ustaz..kaki aku kebas dan tak senang duduk..tulang belakang aku ni seolah olah ade orang duduk..bila bangun..adoyaiiii..sakit gila..kaki aku dah jadi warna merah..buad cara buad sujud,rukuk beramai-ramai..bontot kne coverlah..jangan ad terlepas suda...~pengsan plak orang belakang..lepas tu solat asar,dengar lagi ceramah..dlm hati aku "cepatlah..!!kaki aku dah sakit ni..". lepas abes program cikgu adakan aktiviti riadah..permainan ini agak pelik..!!memang pelik..!!benang yang nipis tu kne jaga..kitorang ad 9 orang sepasukan..Farah rahman, sherry, faridah, Azira, Aziana, Shakira f1 ,budak form 1 sorang lagi dan aku..aku duk blakang skali..cikgu lilit ktorang dengan benang..so kitorang kne berjalan....hati2 lah..mcm2 strategi korang buad..stese pertama di Surau..ya allah..perit gila..~aku tersekat krana dikerumuni orang ramai..jalan lagi..gi depan library,jalan lagi ke belakang bilik KH, dan kitorang naik smpai tingkat 4 blok cemerlang..tgok2 stesen seterusya tu ad dlm tandas lelaki..adakah patut..?busuk gila..!!!eiiyuu~terpaksa tahan..cabaran~ akhirnya semua stesen kitorang da lepasi..so itorang berlari ke laman bestari..tp kne jaga supaya benang tu x terputus..tnpa sedari kumpulan 6 iaitu kumpulan aku sampai dulu..dan telah dinobatkan sebagai kumpulan perempuan pertama sampai dan MENANG..!!akhirnya towel yang aku nk tu akhirnya dapat gak..!!Yeeess,,,,~dan balik dengan senyuman..~sakai der budak2 len..!!sakai.......!!!

Nov 10, 2010

10112010

hari paling bosan,menyedihkan dan menyakitkan..
ok kita mulakan deng membosankan..bosan bosan bosan..perkataan itu berkumat kamit di bibir aku..masya allah..tak tau nk buad apa bila datang skolah..tau tau je kan..penghujung tahun..kebetulan aku bawak fon ke skolah,aku usik jelah fon aku tu..saja2 taip mesej whatever..then cikgu kasi 2 paper kuiz..so,kne jawablah..tp 1 paper tu aku x jwb langsung sbb malas..dan berborak dengan Puvennesh dan hajar..sronok borak dgn dorang dripada main kad terup..dan hajar bwak kamera..snap..delete..snap..delete..tulah keje kitorang..sambil tu aku usya2 skolah maluri..tengok2 ad PAK DIN ketot..eh,skarang dia tinggi satu inci je..kesian,orang akhir zaman..nk buad camna~aku jerit kat dia.."weyh pak DIN..!!"..buad bodo je si pendek tu..nk je baling kasut ALL AMERIKA aku yang terkoyak ni..haha~sabar zati sabar...so, we countinued about "menyedihkan"..walauwei..!!fuck off!!ha..semua aku nk sebut!..math!! mak ai..i got E"...oh gosh..24% paling teruk dalam kehidupan aku selama 14 tahun ni..aduh~ 10 people yang MALANG dapat E..salah seorangnya ialah AKU iaitu IZZATI..!!sedih sesangat tp aku reda dan tawakal..aku rela turun kelas whatever dan asalkan aku belajar..tp aku punya impian jugak..semua orang dalam dunia ini ad impian..so, tahun depan adalah tahun paling penting iaitu aku TERPAKSA,DIPAKSA,MEMAKSA DIRI aku untuk menghadapi PMR..tp yang dapat A tu beria-ia menangis apekehal..?gedik!! benci aku..weyh,ko da dpt 8A da TERLEBIH baik da..bersyukur lah..menyampah gila babi..!!asal aku ni..?bak Azel panggil aku."Hai, ZATI EMO"..shiit..!!suda perkara dah berlalu..nk buad cmna..?kalaulah kita boleh pusingkan masa~dah..!!then,kita gi segmen"menyakitkan"..walaiwei..!!sakit kene bola dodgeball..?ape2 je lah..aku x nk masuk pasukan tu..!!aku tau permainan ini meyakitkan smpai tangan kanan aku ni sakit..tunggu masaje nk patah..screw tercabut kott..~bola yang dibaling oleh FIFI ANA terkena kat aku..aduh..!!lepas terkeluar dari permainan..orang yang main tu melontarkan bola terkena bahu aku..aduh..sipi sipi je nk kne muka aku..budak form 1 ad program dan hari ini turn aku..malas der..!!

Nov 9, 2010

hari ini dalam hari ini

hari ni..boleh dikatakan paling hapenning dan membosankan..
aku borak dengan izmi, sofiyyah, intan..merapu di penjuru kelas..senaraikan sapa dapat masuk klas 3A..haha..x de keje en,nk buad pe lagi.. hantar buku teks tingkatan 2 dan amek tingkatan 3 punya..nasib baik dapat buku yang 'cantik'..blok cemerlang ke blok..?aku pun x tau..jauh gila..aku kne mengangkut 16 buku teks ..sakit tangan aku..angkut kesana kemari..dan sesampai di kelas..aku melayan perasaan jiwang aku dalam sekeping kertas yang dipenuhi dengan contengan..aku duduk di penjuru kelas dan melayang perasaan..budak2 lain main kad terup aku x join sebb aku x ske dekat2 ngan dorang,bising~si izmi melayan budak2 cina.,minah minah cina tu macam main mahjong..dan lepas rehat budak2 2B gi pondok depan makmal sains..cita pasal jamuan..tetapkn tarikh dan makann apa yang kita nk makan..tetiba izmi datang..(part ni aku x ske nk cerita) dan aku sambung melayan perasaan aku,tengok sekeliling aku lagi dan berkhayal,,entah knape dengan tetibanya..dan sedang menunggu kertas sejarah..hajar pulak asik baca buku panas salju..x bes!!dan aku borak dngn dia pasal jam..dah x de topik..dan masa kesepuluh,aku dapat kertas sejarah..akhirnya..!!78..A!!so 3A dalam genggaman aku skarang nih..!!alhamdulillah..dan cikgu berikan  sehelai kertas A4 kosong dan cikgu suruh menulis esei..pasal cikgu..terharu dan rasa nk nanges pun ad.."cikgu nk kamu tuliskan pengalaman belajar bersama cikgu norasikin muhammad"..cikgu..!!jangan buad drama sedih cikgu..!!..seriously sedih..!!aku hanya dapat tersenyum dan hadiahkan A dalam sejarah..walaupun aku kekadang x puas ati dengan dia tap aku sayang dgn dia..dalam esei aku tu aku tulis "cikgu adalah cikgu paling hebad..!!"..aku nk tengok reaksi cikgu nnti..sayang korang dan x sayang 2 BIJAK..!!!

Nov 8, 2010

dududu the dew

wyh..!!gila bengang dengan kertas semalam..ada kah patut?bagi aku x patut langsung cuz why aku tau yang aku akan dapat E..sapa yang pandai da sar sar lah dapat A kan..?masa nak jawab tu aku pening gila gila gila..x boleh pikir apa pun..!!seriously~aku menangis kat belakang uh~dan henpon aku bergetar..badan aku skali bergetar..haha~today i got another A's..agama,yang aku peliknya bila nama aku dipanggil untuk amek kertas pep tu muka ustazah macam nak x nak je bagi..aku ad buad salah ka ngan ustazah..?never mind..five paper and only two A's..whada??to sofiyyah..kongrates yah yah yah!! 100%..fulamak haha macam shake drink chew and pulpylicious..haha..tahniah dan tahniah..x ku sangka..hajar too..me only get 86 in agama..alhamdulillah x terhingga..hubungan aku dan mahfuzah semakin rengang dan rengang..entah kenapa~nak buad camna dia ad haluan sendiri dan aku pun sama..Pa,ilysm! so,hari ni aku kne menangis melalak dan menyanyi..ah..!!smalam aku bukak FB..komputer ni nak kne hentak..!!bole2 tersekat yang adek aku maen game x pulak tersekat..adek aku gelak je..aku hentak dia..dia pulak jadi sasaran aku..biasalah keluaran 1998..mana x lembap~ smalam aku balik je rumah muka aku pucat..macam demam dan aku cakap terus terang dengan maka aku.."mak, kte dapat E la".."ape benda E..?".."math..tulah kita mintak tuisyen".."tulah x baca buku".."malam memang kita x baca buku tapi kita baca buku wktu pagi".."yelah".."tp en bila cikgu ajar kte paham tp bila tengok soalan, hampeh"..tulah AKU..weyh, tinggal dua minggu lagi yeh nak skolah..?yahoo!!x sabar nk keluar dari 2B..entah knepa..so,slamat tnggal korang!!kejam nih kejam..~ dan smalam jugak aku dapat kertas geo..65..itulah markah aku..walawei!!kalau cikgu tolak satu secara atomaticly dia akan bertukar B ke C..x boleh terima!!Tam Bee Wan..kawan karib aku di kelas sahaja, di adapat 83..walawei!! dan cikgu Jamri bertanya "zati dah dapat berapa A..?".."2 jea".."zati, knapa x boleh dapat A geo..?senang kan..?".."entahlah cikgu, saya pun tak tau"..uh~

Nov 6, 2010

today and monday~

ari ni busan gila ya amat..aku berSMS dengan Pa..sampai kredit dye low..sian
dan beru je tadi aku gi kenduri..kawan mak aku punya adik kawin..
korang tengok x cerita "CHINTA"..? adakah korang memerhatikan credit pada penghabisan cerita itu..?skrip cerita tersebut ditulis oleh siapa..?sudah tentu anda tidak melihatnya bukan..? nama dia Azlina Pa'wan..i think..
itulah kawan mak aku..korang tengok x samarinda "asmaradana"..shaheizy sam(pakwa aku) dan tiz Zaqyah(kakak aku) berlakon..itu jugak skrip dia..huhu..sangat membanggakan..
-forget about it-
so..semenjak dua menjak ni..aku gembira sangat..
adalah sebab tertentu.."Pa,u makes me happy right now..don make me sad oke..?i trust u.."
-forget about it-
so..2 hari lagi akan aku menghadapi exam math(repeat)..
harap ujian kali ini x mencabar dan menenangkan hati aku..
uh..~

Nov 3, 2010

ah..!!!

adakah ini mimpi buruk..?
ahhh...!!terasa ingin mejerid kuat-kuat setelah mendengar announcement dari cikgu..
aku cakap.."ini mendera namanya"
dan izmi berkata.." ko x nak fail en..?" dengan nada suara marah..
dan aku berkata dalam hati..."sejak bila dia marah2 ni..?oh i know....since dye .."..
sorry ya izmi..!!
-forget about it-
so..we continued my story..
weyh..!!
terasa nak nanges, menjerit nak bunuh diri pun ada..
cikgu da pikir panjang ke..?buad announcement secara mengejut yang menyatakan bahawa...
"kepada semua pelajar tingkatan2..pada hari isnin ini anda akan menduduki peperiksaan ulangan matapelajaran matematik.."...gilakah..?
niat dihati da x nk tengok nombor segala bagan...lagi2 pasal pytogram..?pening kpala aku..
"hajar..!!jangan sedih taw pasal waktu agama tu..
kte sentiasa akan doakan terbaik untuk hajar..
kte x harapkan balasan..dan kita cuma mau hajar doakan terbaik untuk kte..yeh..?"..
sad always in our life..
so..we countinued my story..
WHY..???
aku taw aku ni lemah math..dan realitinya dari ujuan bulanan1 hingga 2..aku still get "D"..in math
what the F..!!aku slalu mengelamun dalam klas sbb sir x layan aku..
"sir..sir.."..shouting over..
then..,sir pi kat budak PANDAI..
budak pandai..hmm..slalu dpt attention..ish..!!
BUT..BUT...
now on..i got 1 A's..KH..luv u teacher maz..

Nov 2, 2010

♥caps LOCK..

aku benci ngan diri aku sendiri..!!
kau pun sama..aku benci juga..
hari ini adalah hari paling aku benci..!!!
buad perbahasan lintang pukang, markah paper macam bodoh...
aku rasa target aku x kesampaian..
Dia seolah olah memerli aku..H, D dan R..aku sayang korang tapi aku benci korang gak..
hanya budak bodo je yang boleh dapat markah macam tu..ahh!! terasa diri aku ni x berguna..
sia- sia saja usaha aku selma ini..!!aku telah menghampakan diri aku sendiri malah mungkin keluarga aku..!!
aku tak mau..!!aku x mau..!!hari ni aku mencipta sejarah dalam hidup aku sendiri yang aku dapat markah paling bodoh dalam kelas dan dalam hidup aku..aku rasa tahun ni nasib x menyebelahi aku..aku nak keluar dari 2 BIJAK..kerana hanya orang yang bijak shaja yang berhak duk dalam kelas itu..bukan aku..aku seda..
math..sekarang aku benci gila bapak ngan math..sains..aku boleh terima lagi..menitiskan air mata bukan mudah bagi budak seperti aku..tp aku hanya dapat menyimpan perasaan itu di dalam hati..aku x da sapa nk mengadu..mungkin mak aku akan "bunuh" aku selepas ini..aku ni malas, PhD whatever..memang sar sar aku kne 'bunuh' esok lusa dan tulat.. but..WHY ME..?..always ask like this..aku berharap agar masa akan berlalu dengan pantas..2010 bubye..2011..i'm coming..!!!sakit hatii..!!

Nov 1, 2010

♥diariku..

jumaat dan sabtu lepas aku x datang skolah..disebabkan abang aku punya pasal..!!ohenggee
abang aku ad graduasi..so..,pi samalah..dan jumaat tu jugak spatutnya aku buad perbahasan..mungkn digantikan hari ini..??pliss don't..!!neves ni..!!tak hafal amenda pon..wahai abang berkening tebal..aku still mencari2 dirimu..
eceh..~

jumaat..
aku pi pekan..sampai je kat petronas bentong, pahang nak isi minyak...tup2..ayah aku terlupa nak bawak dompet..aduh..!!!!masa tu hati aku berfikiran negatif jea..ape terjadi nnti ape aku x tau..ayah aku reda' jea..nak buat camna KL-Bentong...jauh tu kalo nk U-Thant..so teruskan perjalanan...aku dalam kereta bacalah buku jaguh..persiapan untuk hadapi peperiksaan...hujan mulai turun..sejuk gila..kaki aku da jadi warna len da..huhu~bapa jam aku duk dalam kereta..then sesampai di Kuantan, ayah aku pi petronas lagi..belilah makanan ringan untuk alas perut..then,ada sorang budak kecik..adoyai cumill gila bapak..!!
aku say hi! sambil lambai tangan..tetiba tanpa disedari ada sorang mamat ternampak dia pun lambai tangan kat aku dan senyum..aku gelak je..dan aku cakap "perasan punya mamat!!!"..aku ngan adek aku gelak..
mamat tu dah malu..budak kecik tu senyum jea..teruskan perjalanan..nak cari hotel..semua penuh..dan mak aku kata.."okey,kita akan menginap di hotel lima bintang iaitu DALAM KERETA.."..
aku jerit.."TAK MAU!!"..dan mak aku cakap " okey, kita ada dua pilihan nak duduk umah mak cik atau dalam kereta..?pilih cepat"..dengan pantasnya aku ngan adek aku cakap "dalam KERETA!!"
mak aku tersenyum.."okey..!!" dan kebetulan ayah aku ada seorang kawan...dia bagi aku sekeluarga menyewa sebuah rumah..pening nak cari rumah tu..da sampai di rumah sewa tu..aku cakap " mak kita patah balik jelah yeh..?"..rumah tu macam rumah hantu..!!eiyyuu...sebelah rumah tu en rumah kosong..sapa x gerun en..?so nak buad camna..hari pun da malam..nak dekat kul 12 malam da pun..so tidur jelah dalam rumah tu..

sabtu
bangun pagi..sarapan dan pi MRSM PEKAN dimana abang aku akan graduate kat situ..sesampai di sana..bapak ramai..!!terpaksa duk kat luar dewan yang panas..berpeluh aku dibuatnya..abang aku dapan 3.04 x salah aku..oke la tu dapat three pointer...abes graduasi tu..abang aku pi tangkap gamba..tunggu dia macam nak tunggu ayam jantan bertelur..aduh..sempat jugak aku nk snap..snap..syok sendiri..semua tengok..malu..~!!abes graduasi dan snap..snap..aku bawak lari abng aku balik ke rumah hantu..then sesampai di rumah tu..abang aku cakap "ni hotel ke..?"..dan aku menjawab.." nope..!!ini rumah HANTU"..
adek aku gelak je..abang aku tersenyum..makin lama makin terbiasa duk kat rumah hantu tu..macam rumah sendiri kerana dia dilengkapi sofa, TV yang x da ASTRO, akuarium yang ikan nk mati, meja makan, air-cond, katil sebesa alam..boleh dikatakan x da kurangnya..

ahad
aku bawak..bukan aku tapi bapak aku bawak aku sekeluarga bersiar2 di pekan...kan pekan tu en tempat kelahiran TUN ABDUL RAZAK..ada lah rumah dia...niat dihati nk gi..cari punya carik..mana dia rumahnya..??menghabiskan minyak petrol kereta avanza bapak aku adalah...aku singgah di sebuah restoran kecik iaitu "murtabak mangkasar"..betul ke ejaan..?lantaklah..aku kan jenis x suka makan murtabak so terpaksa aku menelannya..makan sekali..eiiyuu..bila makan berkali kali..ermm..sodapnyo..!!haha..!!dan semasa makan ternampak pemain gita kumpulan "kristal"..ala kumpulan kat dalam cita nabil tu..tetiba dia bawak satu geng dia makan sekali..vokalis die en..hensem gak..dia bawak bini dye skali..cantik gila..!!putih x macam dia..gelap..!!kne bukak lampu baru nampak..haha!!jahad je..then,aku da habes makan, van TV3 datang..korang tengok x majalah 3 pasal sultan pahang punya hari jadi..?..ha..nampak nurul syuhada..cantik gila dia..!!hari tu aku nampak artis ngan personaliti TV3..2 dalam 1..dan aku pulangkan balik abang aku dan balik ke kampung pandan..dalah jalan malam..hujan selebat lebatnya..!!lagi lagi hinghway karak..menakutkan..!!alhamdulillah..akhirnya selmat sampai dan aku terus terbongkang..haha'...

hari yang menakutkan dan menyeronokan..
begitulah ceritanya..sepatutnya aku tulis post ni awal2 lagi..tapi exam pnya pasal aku tangguhkan..
-have a nice day-
trimas 4 read this post..!!